raya 2012 yang gempak!
6:20 PM
Assalamualaikum.
Hapdate lagi satu cerita
peram saya.
Hee..Ingat tak di entry neh
saya janji nak ceritakan pasal lebaran saya?
Di hari raya yang keenam
tuh, memang saya dan beberapa kawan baik ‘lari’ ke Beluran. Untuk pengetahuan
semua. Jarak antara Bandar yang saya tinggal dengan Beluran neh agak jauh ya.
Kira- kira sejam
setengah baru sampai. Tapi jaraknya taklah sampai 2 marhalah. Itu pun kawan
saya bagitau la. Okeh. Mula- mula masa
kitorang rancang raya kesana,seawall 8 pagi dah gerak.last-last, pukul 10 baru
start amik kawan yang lain. Lain lagi ceritanya nak pujuk kawan sorang neh
sebab dah penat tunggu dari pagi, last2 datang waktu semayang jumaat. Okeh,so,
secara officialnya kitorang gerak dari Sandakan ke Beluran, pukul 1.30 pm. Sampai
pi Beluran dah pukul 3 pm tau. Huih.memnag sakit vontots la duduk lama- lama
kan.hee. tapi sebab teringin beraya ke sana, sanggup jugak.
Okeh. So, dah sampai ke Beluran,kitorang
Cuma sempat beraya di sebuah rumah saja. Tak dapat nak raya kat tempat kawan
lain, sebab masa tuh hari dah nak hujan.so, agak susah memandu kalau hujan tuh
kan. Dahla masa tuh, kitorang punya kereta Rusa tuh, takda aircond. Itu yang kitorang
risaukan.
So, pukul 5 petang, kami
selamat sampai ke Sandakan.so, bermula la lagi episode beraya sakan dekat rumah
kawan-kawan. Mula- mula pegi ke taman perumahan saya dulu,tapi pegi ke tempat
kawan baik saya dulu. Lepas dah beraya di sana, beraya lagi ke rumah saya. Dah beraya
ke rumah saya, terus bawak kereta ‘mewah’ tuh konvoi la katanya.
So, masa tuh kitorang
dah berpecah. Ada yang ikut saya, dan yang lain ikut kawan saya. Bagi keselesaan
semua la kiranya masa tuh. Banyak kejadian lawak masa tuh. Tapi rasanya tak
dapat nak ceritakan semua disini. Antara yang best, kami berpusing di
roundabout berdekatan rumah saya sebab driver kereta Rusa agak bingung nak lalu
jalan mana.
Memang lawak pecah perut
masa tuh.
Lepas tuh, konvoi kami
diteruskan la. Tapi ada seorang kawan kena dihantar pulang sebab takut mama dia
mencari.so, kami pulangkan la kawan kami sebagaimana kami pinjam dari mak dia. Lepas dari
tempatnya.kami beraya ke semua rumah kawan. Tak kira sampai tengah malam pun,
masih beraya. Sampai pukul 12 malam okeh! Memang kesianla masa tuh.tapi kami Cuma
ada masa tuh untuk beraya ramai-ramai. Dan mak-mak kami sedia maklum dengan
acara ‘tahunan’ kami neh.haha.
Then, pukul 12 lebih
tuh, kami hantar kawan balik ke rumah.tapi masa tuh jugak sorang kawan kami neh
dengan baik hatinya membelanja kami makan burger McD di hari raya kan.so,
kitorang layankan la.lepas tuh, lepak- lepak dekat rumah kawan yang setaman
perumahan dengan saya tuh. Kitorang stay sampai pukul 2 pagi! Lepas tuh, mata
tak tahan nak tutup, terus nak balik rumah. Padahal kalau boleh, nak bercerita
hingga ke pagi. Okehla.itu cerita raya saya.cerita raya korang pulak macam
mana?
p/s : banyak cerita yang
saya potong sebab agak panjang nanti entry saya kali neh. harap yang neh dapat
membantu saya ingat apa yang kitorang pernah lalui sekawan masa raya 2012 neh.
wassalam.
0 comments