masa bercinta memanglah semua manis
10:59 PM
Assalamualaikum
Hari neh baru
berkesempatan menghapdate belog kesayangan hamba neh,
Hari kejadian tuh, saya
tak ingat bila, tapi tajuk yang sedang hot pada hari kejadian tuh, saya ingat
lagi. Dan debater yang
mendebatkan tajuk hot neh pun dah samar- samar dah orangnya. So, saya akan
terus kepada tajuk yang agak panas masa tuhla ya!
Macam neh,saya dan
beberapa orang kawan, bercerita tentang encik boipren kitorang, dan kebetulan
pulak, encik2 boipren kitorang semua adalah orang kapal. So, ada pulak sorang
hamba neh, dah berkahwin dan sang suami bukanla dari geng kitorang neh. So, dia pun dengan murah
hatinya bercakap la. Kononnya bagi panduan
dekat kitorang neh. pada saya okeh kalau nak kongsi tips atau panduan tuh.
Tapi kalau dah masuk
cakap orang kapal neh selalu kalau dah masuk port, ada jugak ‘kerja’ yang
dorang buat. Saya rasa ramai yang tau
apa maksud saya. So, tak payah la saya nak terangkan lagi kan. Saya pun bidas la
sedikit , tak semua orang kapal macam tuh. Ada yang baik jugak.*macam boipren saya*
. jangan kerana perangai seorang dua yang macam tuh, busuk nama seindustri kan.
So, si hamba neh, lagi
la nak bidas. Siap cakap, ya la, masa bercinta neh la semuanya manis. Tapi bila
dah kawen, haa..dekat situ la keluar semua perangai.
So, apa lagi saya nak
terangkan kalau orang berfikiran sempit macam tuh? Rasanya tak perlu terangkan
apa- apa lagi pada orang yang jahil kan. Bak satu kata pepatah yang saya pernah
dengar sebelum neh, kalau orang yang berpengetahuan berdebat dengan orang yang
jahil, orang yang berpengetahuan itu mesti kalah sebab orang yang jahil neh,
susah nak terangkan apa- apa lagi.
Saya rasa, ungkapan tuh
memang betul. Sebanyak mana pun saya explain, dorang tetap tak mau dengar dan
tetap pertahankan apa yang dorang cakap.
So, bagi saya, cukupla
saya tahu kebenaran itu sorang diri. Mungkin hamba Allah yang pernah mengata
tuh, nanti akan dibuka pintu hatinya pasal life orang kapal neh.
Bagi saya, cinta jarak
jauh macam saya dan kawan-kawan senasib neh, Cuma perlu PERCAYA + SETIA dalam
perhubungan. Al maklum la, bukan semua akan dapat merasai nikmat hidup macam
neh. insyaAllah, turn saya berpasangan dengan encik kapal akan tiba. Mohon dipermudahkan
segala urusan kami.
Buat hamba Allah yang
tidak mengetahui apa yang kami lalui, cukupla dengan beri sokongan yang positif. Kalau setakat nak tembak
kitorang sampai jatuh, simpan la hajat tuh bebaik. Sebab only the best women can
be with the best men.
Sekian.
1 comments