Assalamualaikum.
Kat atas neh gambar
terkumpul saya masa jadi jururawat pelatih.
Ya, gambar tuh ikut
turutan tahun saya. Yang paling kiri tuh, masa saya baru tahun satu semester
satu dalam bidang kejururawatan neh. diikuti dengan yang di tengah neh,masa
saya menginjak ke tahun dua semester satu. Dan yang paling akhir tuh, tahun
tiga semester satu. Gambar neh akan diambil setiap kali kami melangkah ke
semester baru.
Kalau lihat balik gambar
neh, memang banyak sangat perbezaan yang ketara pada saya.
Tahun satu semester
satu, umur saya baru 19 tahun. Agak kebudakan sedikit. Ya, memang nampak comot
kan. Bukan sebab saya neh memang comot, tapi photographer masa tuh tak berapa
reti ambik gambar. Tak bagitau pun tudung saya sedikit terdedah. Kalau ingat
balik, haih, memang mintak penamparla photographer tuh. Sebelum ambik gambar,
dah pastikan semuanya kemas. Tapi masalah paling dahsyat, tudung tuh agak keras
dan susah diurus. Almaklumlah, tudung sponsor..hehe..semuanya sponsor daripada
kerajaan masa tuh.
Then, gambar tahun dua
saya kemas sedikit. Dan agak berisi sedikit berbanding tahun satu kan. Ya, berat badan naik
mendadak sebab KKM baik hati bagi elaun macam- macam. Hehe.. lepas tuh, masa
tahun neh, saya baru mengenali encik kapal.hak3.. takda kena mengena pun! Okehla.
Masa neh memang berat badan naik sebab saya kuat makan. Tapi masa neh, still
boleh control berat lagi kan. Tahun dua neh, semua keputusan peperiksaan saya
agak menjunam sebab pertambahan subjek yang kami belajar kan. Masa neh, dah
beli tudung baru. So memang agak kemas kann. Ya, saya tau, saya memang kemas
masa neh..
Ok, gambar yang akhir
sekali neh. tahun terakhir saya berada di kolej. Tahun neh, mesti gambar nak
yang lawa kan. So, this is it. Memang makin
tembun. Sebab selalu bahagia.haha. erm,
tak tau mau kata apa di tahun tiga neh. terlalu banyak kenangan yang menghimpit
fikiran minta diluahkan. Tapi, saya agak malas menaip hari neh. Tahun tiga neh
antara tahun kegemilangan saya sepanjang berada di kolej neh. sebab? Sebab saya
pernah termasuk dalam Dean List, dan tahun terakhir saya menjadi pelatih.
insyaAllah.
Dalam setiap gambar neh,
terdapat banyak perbezaan kan? Ya. Agak banyak jugak kan. Cuma satu yang sama. Senyuman
saya tuh. Tidak berbeza sedikit pun. Okeh, itu cikgu saya yang cakap ea. Bukan saya.
Betul neh ! hee.
Motif? Takda motif pun,.
Jejari gemuk saya rajin menghapdate hari neh. itu saja. Sekian.
0 comments