Assalamualaikum
Hari neh hari lahir
kawan rapat saya dari kecik lagi. Hari neh jugak, umur dya dah mencecah 22
tahun. Happy birthday Jumiati ! may Allah bless your day and your marriage till
jannah.
Oh, kawan saya neh dah
kawen. Kawen awal lagi dari saya dan sorang kawan baik kami. Kalau ikut umur,
saya paling awal lahir la. Dalam bulan februari
saya lahir. Lepas tuh, kawan baik saya sorang lagi bulan mac, then baru
dya neh. bulan ogos. Dan dia dah kawen
lagi awal dari kitorang. Dah lebih setahun kawen, sekarang tinggal menanti
kehadiran cahaya mata yang pertama.
Alhamdulillah. Dah sampai
jodohnya dulu dari kitorang.
Kawan saya neh, saya
kenal masa baru mengenal apa itu persahabatan. Dulu, saya dan dia tinggal di
satu perumahan. Masa tuh, kitorang Cuma mampu sewa flat. Tapi okehla. Rumah kitorang
taklah jauh sangat sesame sendiri.
Rindu dengan zaman
kanak-kanak dulu.hehe. dulu, saya pernah escape sekolah dengan dia neh. lepas
tuh, mak ayah dya ajak pulak pegi Bandar. Hee..baju pinjam baju dia la. Dulu saiz
kitorang sama. Keding pun sama.hehe. Cuma sekarang neh saya agak ‘sihat’
sedikit laa.. dia? Masih keding jugak. Genetik macam tu kan.haha.
Masa kitorang naik darjah satu, kitorang dalam
kelas yang sama kalau tak silap. Then, pernah satu hari tu, kitorang singgah
pegi kenduri dekat rumah cikgu perempuan kitorang. Orang buat kenduri, kami pun
sibuk jugak. Makan free punya pasal la
neh. masa tuh, orang baca doa, kitorang pun aminkan. Dah la pakai baju yang ada
skirt pendek masa tuh. Haha. Tapi, yang saya paling ingat masa tuh, orang baca
doa makan, lepas kitorang aminkan, ada lagi siap sambung, ‘makan’.heee.. lepas
dari kenduri tuh, kitorang sama-sama balik rumah.
Masa kitorang balik tuh,
dah nampak mak-mak kitorang tunggu kat tangga paling depan. Yang kami neh
pulak, jalan dengan rileks nya pegi perumahan. Adoii. Mak kitorang dulu risau
kitorang kena culik . ya la. Kitorang sepatutnya dah sampai rumah pukul 5
lebih, tapi pukul 6 petang pun, kitorang tak balik lagi. Mak mana yang tak risau
kan.
Tapi lepas kitorang
balik tuh, memang taik telinga cair la. Kena marah kawkaw sebab tak balik terus
lepas dari sekolah. Rasanya, itulah kali pertama dan kali terakhir kami balik
lewat dari sepatutnyaa.
So now, umur kami
masing-masing dah 22 tahun, dan, dia dah berkeluarga. Selamat hari lahir kawan. and now you waiting for your first baby to be born on this oct . happy birthday mother-to-be! I love our friendship and hope it will last till jannah. Amin.
0 comments