#Bunga Alpinia terbakar
7:18 PM
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Baru habes
berbuka puasa di negeri Sabah di Bawah Bayu neh.
Mostly, orang yang ada
kaitan dengan industry perkapalan neh mesti dah dengar pasar MT Bunga Alpinia
yang meletup dan terbakar di Labuan Port awal pagi neh.
Saya dapat berita
mengejutkan neh pagi tadi sebaik bukak mukabuku. Almaklumlah, muka buku
sekarang neh pesat membangun. Semua berita boleh dapat.
Okeh. Sambung balik
pasal cerita MT Bunga Alpinia neh. Menurut sumber yang
dipercayai, kapal terbakar sebaik disambar petir pukul 2.30 pagi semalam.
Hmm.dalam group yang
saya join tuh, grup PGK, CHSP dan KPM, semua hapdate pasal benda neh. Mula –mula dengar,
memang terkejut jugak. Tangan terus jadi sejuk , badan menggeletar. Bukan sebab
encik kapal sign on kapal tuh. Tapi sebab encik kapal dalam industry neh , then
kapal yang terbakar tuh milik company yang encik kapal bekerja. MISC.
Setiap jam, setiap minit
rata- rata ahli yang tahu pasal berita neh hapdate perkembangan mengenai kapal
neh. latest yang saya tau. Seorang disahkan meninggal dunia. Innalillah. Takziah
untuk mangsa dan keluarganya. Beliau terkorban semasa menjalankan tugas. Semoga
rohnya dicucuri rahmat. Tambah- tambah lagi bulan Ramadhan neh penuh dengan
keberkahan kan. InsyaAllah.
Tadi petang around pukul
3.20 pm macam tuh, dapat panggilan dari salah seorang member PGK, kak Zati. Menangis-nangis
dah call saya, bimbang sebab teringatkan encik kapalnya yang jauh di China tuh.
Owh, encik kapal kak Zati pun bawak kapal chemical jugak. Sebab tuh kak zati
risau sangat. Saya Cuma mampu tenangkan secara lisan sahaja. Sedangkan masa tuh
Cuma Allah yang tahu macam mana perasaan saya. Risau, takut semua rasa ada. Yang
neh baru kapal Chemical, dah kena macam tuh. Mintak dijauhkan la untuk semua
kapal.
Sekarang baru saya
terasa bagaimana besarnya pengorbanan pelaut yang kerja jauh daripada keluarga,
balik pun sekejap, then keja berbulan-bulan atas laut tuh. Lepas tuh teringat
lagi encik kapal yang nun jauh bumi Eropah tuh.
Harap dipermudahkan
perjalanannya. Amin. Sekarang rasa rindu sangat dekat encik kapal dan berharap
dya akan contact saya secepat mungkin. Itu sahaja harapan saya.
Ini barulah cabaran yang
sebenar bersama dengan seafarer. Kerja dorang bukannya senang. Harap hati
diperkuatkan lagi menanti encik kapal pulang ke pangkuan dengan selamatnya.
sumber : muka buku kawan. |
sumber : KPM |
0 comments