kawan

alhamdulillah, dapat jugak akhirnya.

2:42 PM

 Assalamualaikum.


   Dah lama tak hadpate belog dengan cerita-cerita terbaru saya. Okeh. Ayat macam ‘retis’ ! hak3.

   Okehlah, tak mau gurau lagi, hari Sabtu lepas bersamaan dengan 14 Julai 2012, saya telah pun selamat berkonvo!

   Yehaa! Akhirnya dapat jugak genggam diploma saya selepas 3 tahun bertarung, perperang dengan perasaan, fikiran untuk belajar ilmu dan kemahiran kejururawatan neh. hahaha.
Ayat tuh, sabarla membacanya yaa..

   Alhamdulillah, hari Sabtu tuh dah lepas jugak hari yang bersejarah dalam hidup saya. Memang terasa kekurangan sebab family yang ikut saya hari tuh tak lengkap langsung. Ayah pegi sail, begitu jugak dengan encik kapal saya yang tengah ada di Nigeria sekarang neh.  lepas tuh , adik- adik pulak duduk jauh, yang ada pun, tinggal ‘bonzer2’ la sorang dua dekat rumah neh.

   So, memang agak sedih jugak, terasa kehilangan sedikit. Tapiii, nasib baik ada roommate yang sangat kamceng dengan saya. Hehe..tak la terasa sangat kekurangan tuh. Banyak gambar yang saya ambil pun, bersama dengan roommate saya neh. hak3. Okehlaaa...
Dah penat mengolah ayat yang tak berapa kemas neh.

   Sekarang dah pegang diploma. InsyaAllah , dalam 2-3 tahun lagi , nak sambung ambik post basic pulak. Doakan saya ea. Kalau boleh, nak ambik sampai ke tahap yang tertinggi, tapi ikut senioriti. Heee.. InsyaAllah, kalau ada rezeki cepat , saya akan maju ke hadapan dengan semangat. Berharap jugak masa konvo kali ke 2 saya, encik kapal akan datang dan ahli keluarga saya lengkap.

   Oh, bercakap pasal encik kapal,dya pun berusaha sedaya upayanya buat seprais untuk saya. Tapi seprais dya bukanlah seperti yang dijangka...hehe...

    Encik kapal sanggup buat call melalui phone satellite untuk wish sempena konvo saya neh, tapi malangnya, saya tak dapat sambut masa 1st dya call, sebab majlis masih lagi diadakan.
Tapi, malam tuh, dah rehat kat rumah, encik kapal call saya lagi, wish untuk saya..heee. hati berbunga- bunga dapat call dari dya . rasa terharu sebab sanggup gunakan duit dya untuk call saya. Almaklum la, call satellite kan mahalll.. padahal , dya wish melalui emel amos tuh pun, saya dah saya gembira sangat . heee.  Itulah dya, encik kapal , boipren saya. Hee.. tengs encik Iqbal Amir. Terharu tauuu....

   Okehlah, penat sudah menaip panjang-panjang. Nah gambar konvo saya yang sedikit neh.

neh rumate saya dengan mummy saya! 






yang neh saya dengan roommate saya.

okeh, saya tau saya nampak 'sihat' .haha..


neh last gambar kitorang amik samasama...




You Might Also Like

0 comments