kawan

officially a Registered Nurse

1:00 PM


Assalamualaikum
Cerita ni sebenarnya dah lama dah, tapi taklah basi sangat kan.
Dalam muka buku hari tu dah kongsi dengan kawan-kawan terdekat, tapi dalam belog rasanya belum update lagi.
Jadi, hari ni baru terfikir buat entry untuk berita gembira ni.kekeke.
13 Jun hari tuh, batch saya dah ambik peperiksaan kelayakan untuk lesen kitorang.
Dan Alhamdulillah, kitorang semua lulus untuk dapat lesen jadi JURURAWAT TERLATIH U29! And we’re officially a Registered Nurses!
Hee..
Alhamdulillah, selepas berhempas-pulas belajar sampai rambut makin nipis macam hutan-hutan di Malaysia neh, batch saya termasuklah saya sekali lulus untuk lesen kitorang.
Rasa syukur tak terhingga lepas tau semua anak didik KOLEJ KEJURURAWATAN SANDAKAN batch Julai 2009 lulus peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia.
Jadi, sekarang saya masih tanam anggur. Kali ni, tak tau la berapa lama. Ada ura- ura bagitau mungkin Ogos 2012 neh mula kerja. Tapi kalau boleh, tolonglah panggil kitorang lepas raya ea! Hee...

p/s : menantikan kedatangan 14 Julai neh pulak.:: ILKKM Convocation Sabah Region ::

You Might Also Like

0 comments