e-day prep

E-day preparation - venue (part 2)

10:03 PM

Assalamualaikum dearies ! 

   Sambung lagi cerita pasal persediaan e-day saya hujung tahun ni. Seminggu lepas, saya dan keluarga bincang lagi dalam grup 'whatsapp' kitorang. Oh ya, pasal homestay yang saya pernah cerita sebelum ni, untuk pengetahuan korang, mak saya bagitau tuan rumah tu dah tak buat perniagaan sewa rumah. Sangat sedih tau. Tapi nasib baik dah survey awal kan. Kalau lambat, lagi lah bertambah kesedihan tu. 
    Sekarang saya beralih lagi dengan plan B,C,D to Z. So, plan B nya, saya gugel lagi homestay yang available di selangor ni. Macam- macam keyword saya guna. Fyi, kebanyakan homestay yang ada dalam gugel ni, baaanyak sangat yang tak update. Yalah, saya dengan semangatnya dah list kan homestay yang dekat dengan rumah. Lepas tu mintak mak dan adik- adik saya pegi tengokkan. Akhirnya, dorang respondhomestay tu dah tak terima tempahan, dah fully booked, blablabla....
Okeh. Tapi nasib baik otak saya jadi geliga tiba-tiba, dengan penuh semangatnya cari cari homestay 2014. Nampak tak permainannya disitu? Kalau taip sekali dengan tahun, barulah yang kita cari tu jumpa. Daan, saya jumpa dalam 2-3 homestay yang saya berkenan. Dan automatiknya saya terus isi borang enquiry (bagi yang sediakan di dalam website beliau) , dan ada jugak saya save number telefon bagi memudahkan proses soal jawab.
    Hasilnya,  ada satu ni, Ahnaf Homestay kalau saya tak silap. Saya rasa owner dia sangat memberi kerjasama. Sehari selepas saya isi borang enquiryowner dia terus call saya. Tanya tarikh saya nak book homestay beliau. Owner dia sangat humble. Dan kadar sewa beliau sangat murah. 2 malam dengan harga rm300. Murah kan? Tapi, saya tak tengok keadaan rumah tu lagi. Jadi tak boleh kasi review. Saya bergantung sepenuhnya dengan mak dan adik- adik saya untuk cekkan homestay tersebut. 
   Tapi sampai sekarang takda respond lagi. Mungkin sebab mak dan adik- adik saya bekerja kan. So, saya kena tunggu lagi. Bagi yang berminat mencari homestay sekitar Selangor, nah, saya kasi link beliau. Tekan sini dan sini .
   Tapi, berkemungkinan jugak mak saya tak setuju nak buat majlis disini sebab jauh sikit dari rumah katanya. Tapi memandangkan apartmen tu sangat comel saiznya, saya kena jugak bertabah mencari homestay atau tempat yang dirasakan sesuai bagi majlis e-day saya ni. So korang, doakan saya ya! 
Till then, good night, assalamualaikum w.b.t.


You Might Also Like

0 comments