dulang hantaran
11:37 PM
Assalamualaikum dearies!
Malam ni rajin pulak saya menekan keyboard ni. Tapi saya bukanlah
keyboard warrior yaa.(ok fine). Kita terus ke main point untuk cerita saya kali
ni. Mukadimah tu dah tak perlu lagi.
Ceritanya begini, raya ketiga arituh, bestfriend of mine punya abang nak bertunang, si kawan ni pun ajak
saya tolong buatkan dulang hantaran. Tapi saya ni pulak ‘zero’ pasal hias dulang hantaran ni. Tapi atas sebab teringin men’diy” dulang hantaran saya nanti, jadinya
saya praktikalkan dulu ke atas dulang hantaran abang kawan saya ni. Hasilnya ,
bagi saya bolehlah bagi tahap amatur ni.
Memandangkan cuma bahan tu saja yang
ada, maka kami pun optimakan penggunaan
bahan- bahan tersebut. Semua dulang ni bukanlah hasil tangan saya seorang. Tapi
ada tiga kepala dan 3 pasang tangan yang buat. So, hasil setiap dulang memang agak berbeza sedikit. Tapi apa yang
penting, saya dah dapat gambaran untuk dulang hantaran saya nanti. Sekurang-
kurangnya nanti ada juga pengalaman yang boleh dipraktikkan untuk majlis saya,
kan? Hehe.Kali ni saya cuma sempat share dua gambar ni sahaja. ini pun cukuplah kann. Okeh cukup lah saya berkata- kata. Selamat malam dearies!
0 comments