sakit perut, petanda itu rupanya.

5:57 PM

Assalamualaikum .

Tak sangka sakit perut selama ini membawa petanda yang kurang baik bagi diri ini. Eh eh kenapa terlalu skema ni? Dah kena skema sebab dah umur 26 tahun kan Puan Dayah tahun ni. Jadi ayat pun dah kena taip betul- betul dan mengikut tatabahasa yang betul. Jadi nanti tak adalah anak- anak muda yang terbaca blog ni terbaca bahasa 'alien' zaman dulu- dulu.

Sebenarnya entri kali ni nak buat ringkas sahaja sebab tak larat dah Puan Dayah nak  menaip panjang- panjang. Cik dayah pun taklah sakit sangat. Cuma bulan 12 tahun lepas Puan Dayah mula sakit perut yang amat. Mula- mula dulu ingatkan dah mengandung sebab puan dah dan suami teringin sangat nak dapat cahayamata secepat mungkin. Tapi rupanya ujian yang diturunkan khas untuk Puan Dayah daripada sang Pencipta. Lebih senang rasanya bercerita mengikut kronologi.

25/12/2015
 Masa ni Puan Dayah rasa sakit perut yang amat. Sakit perut sebelah kiri. Sakit sampai tahap tak boleh berdiri tegak. Sebab masa tu dah tinggal sendiri sebab puan 'housemate' balik kampung jadi kena juga gagahkan diri bersiap dan memandu ke klinik terdekat . Sampai ke klinik masa tu nasib baik takde pesakit jadi bolehlah jumpa doktor cepat. Sebab dah tak tahan sangat masa tu. Dah jumpa doktor, dah 'complaint' apa yang patut,doktor scan perut. Ingatkan masa tu betul- betul dah ada isi konon. Sekali doktor cakap, "puan ada cysts ni,". Dan Puan Dayah pun terdiam seribu bahasa. Doktor nasihat ke klinik pakar sakit puan secepat mungkin sebab katanya cyst tu yang sebabkan rasa sakit seperti yang puan dayah alami masa tu.

26/12/2015
 Puan Dayah dah mula demam sebenarnya sejak 25.12 tu tapi masih tahap mild fever. Makan panadol 1gm dan lepas tu terus rehat. Tapi demam makin teruk sampai ke tahap Puan Dayah menangis pun air mata cepat kering sebab panas yang amat. Dah cuba mandi berendam lama- lama dalam bilik air dan Puan Dayah siap buat bubur sendiri sebab dah lapar sangat. Nak bercakap pun macam dah tak boleh. Nasib baik kawan datang singgah ke rumah sebab dia tahu kawan baik dia ni sakit. Sampai saja kawan ke rumah masa tu, dah rasa nak pitam. Sebab badan panas sangat + sakit perut yang amat. Dah makan ubat demam dan tahan sakit pun masih lagi rasa sakit.

7.00 pm
Masa ni dah tak tahan sangat dah. Sambil air mata bercucuran Puan Dayah minta tolong dengan kawan baik untuk hantarkan ke kecemasan sebab betul- betul rasa nak pitam. Dah sampai di Unit Kecemasan HDOK terus tagging triage yellow sebab berdiri pun masa tu dah terbongkok- bongkok kan. Tapi tak lama pun Puan Dayah dalam yellow triage tu. Lepas dah makan panadol sekali lagi dan bagi iv tramal terus masuk obs bay. Masa ni dah nangis- nangis sendu sebab takde sesiapa pun ahli keluarga yang tahu puan dayah masuk ke kecemasan. Sengaja juga Puan Dayah tak bagitau sebab kalau dah tau pun semua tak dapat pun datang ke kecemasan sebab keluarga jauh nun di semenanjung ha. Selepas 2 jam berehat di obs bay, Puan Dayah dah boleh gelak- gelak dengan si bff sambil mengumpat pesakit katil depan Puan Dayah tu. (senangnya mengutip dosa! Ishk ishk ishk). Tak perlulah Puan Dayah nak cerita apa yang kitorang ngumpat kat pesakit depan tu kat sini. Tak pepasal dapat dosa kering nanti. Hahaha.  Lepas dah okey sikit tu, doktor pun bagi discharge Puan Dayah dari obs bay dan bagi referral letter ke unit pakar sakit puan 2 minggu selepas itu.

08/01/2016
Puan Dayah ingat nak ke  unit pakar awal beberapa hari daripada tarikh sebenar sebab dah tak tahan sakit. Tapi rasa macam sia- sia sangat kesana sebab tunggu berjam dah bila dah jumpa, sangat tak mesra doktornya. Tapi tu boleh sabar lagi. Yang tak tahan sangat tu maklumbalas dari doktor tu yang rasa macam nak bagi pelempang laju- laju bila dia kata cyst tu takde! Siap cakap lagi tak valid sangat keputusan scan sebelum ni sebab tak scan kat klinik pakar swasta. Memang masa tu nak je cepat keluar dari bilik tu. Lepas dah settle semua, puan dayah balik rumah, menangis- nangis mengadu dekat Encik Iqbal sebab dapat layanan macam tu. Dan Encik Iqbal pun cadangkan untuk buat pemeriksaan semula kat mana- mana klinik pakar swasta untuk confirmkan benda tu masih ada atau tak dan encik iqbal siap cakap lagi, dia tanggung kos perubatan kat klinik swasta. Tambah berbunga hati Puan Dayah bila Encik Iqbal cakap macam tu. Jadi petang tu Puan Dayah ke klinik swasta Klinik Heong yang terkenal dengan kepakaran dorang ni. Jumpa je doktor terus mengadu semua benda pasal penyakit ni ke doktor. Mula- mula dia scan dari perut untuk confirmkan kalau ada cysts atau tak. Memang ada lagi cysts tu! Masa dia cakap cysts tu ada dan ada 6 biji besar dan kecik, rasa nak pi dekat doktor yang sombong tu sambil nak lemparkan keputusan scan tu. Tapi nasib baik iman masih di dada kononnya. Hihihi.


28/3/2016
Pergi lagi ke klinik pakar sebab bleeding masih tak berhenti. ( Puan Dayah tak berhenti keluar darah sejak December 2015) bila complaint semua masalah kat doktor tu, doktor terkejut beruk sebab lama sangat ada pendarahan. Mostly hampir setiap hari ada pendarahan. Doktor syak keguguran tapi Puan Dayah cakap memang negative sebab suami jauh. Sobs. Jadi doktor scan lagi dan buat pap smear sekali . Mula- mula doktor syak polyps. Tapi dah scan dan dan check takde pulak. Sekarang kena tunggu keputusan pap smear dan tabah menelan ubat hormon untuk hentikan bleeding yang Puan Dayah alami ni.

Dah panjang dah Puan Dayah menaip kali ni . Nanti Puan Dayah update lagi ya! Till then, stay safe while reading my posts. Hahaha.





You Might Also Like

0 comments