alhamdulillah, saya dah kawen!

2:35 PM

    Assalamualaikum dearies. Punyalah lama tak update satu benda pun dalam belog ni. Darilah bujang sampailah dah berkahwin ni(eceh, macamlah bertahun dah kahwin). Hahaha. 

    Okey, serious talk. Alhamdulillah, sekarang saya sudah pun menjadi isteri kepada suami saya iaitu si encik kapal. Sekarang dah upgrade ke encik suami pulak.  Dah masuk sebulan lebih kitorang kahwin. Sepanjang tempoh kahwin tu, tak pernah lagi kitorang berpisah. Tapi sejak hari ahad lepas, encik suami dah mula berkursus dan saya pulak tak dapat nak ikut sebab faktor kerja. Rasa macam dirobek jantung bila encik suami balik ke semenanjung sedangkan saya masih lagi bekerja di sabah ni. Sekarang baru rasa tak sabarnya nak pindah! Nak berkepit doploh empat jam dengan laki. Tapi semua tu hanya angan- angan kosong lah kan.

      Encik suami pun nak kena belayar lagi di penghujung bulan 11 ni. Tak jadi nak apply pindah cecepat. Tak apalah, tunggu encik suami balik tahun depan, baru nak 'apply' permohonan pindah agaknya. Uwaaa.sedih pulak! Lama lagi ni kena tunggu encik suami balik. Tapi itu kan takdir. Dah memang kerjanya macam tu. Bukannya saya tak tahu sebelum ni. Tapi sejak dah berkahwin ni, jadi dah jadi hati tisu pulak.  Eh, dah malas nak menaip sebenanrnya. Cuma nak kongsikan gamba hari bahagia kami . daan supaya nanti kot la kan hilang gambar dalam henpong, boleh cari dalam belog nanti gambar ni. hehe



saya dan dayang- dayang semua








Add caption


berkipidap semuanya
okef fine,nampak macam saya pendek. tapi sebenarnya mereka yang tinggi!




selfie pertama selepas bergelar suami isteri katanya



family mertua

geng PGK. kenal since 2012 semasa hari konvokesyen encik kapal sekalian.


rasanya dah cukuplah gambar majlis belah perempuan. nak masukkan jugak gambar belah encik suami aritu




belah suami baru dapat bergambar dengan mak dan adik beradik . kesian nau ler












dan bonus , 
photoshoot wedding di laman pesona. hahaha!





okey, dah dah. dah penat mencilok gambar dari sedara semua. yang ni cumalah highlight sahaja. yang lain, biarlah menjadi simpanan dalam album. ok fine. ayat poyo. sekian. saya dah kahwin! 







You Might Also Like

0 comments