catering

ceritera : persiapan perkahwinan

6:08 PM

Assalamualaikum readers! 

   Hampir sebulan jugak saya tak meng'update' dalam belog ini rasanya. Ini semua disebabkan laptop pinjam saya tu pun dah perlukan rawatan di 'klinik' tapi masih tak ada masa nak bawak dan tak mampu lagi nak bawa p repair sebenarnya. Jadi terpaksalah memendam perasaan nak meng'update' tu buat sementara. Yang ini pun sebenarnya pinjam PC klinik sat sementara pesakit tak mau datang pi klinik . Well, musim cuti sekolah kan. Jadi tak ramai yang sakit sebab tak perlu nak beria mintak surat MC agaknya.


   Ok, dalam entry kali ini, tak banyak jugak yang saya nak taip, so tak perlu nak risau kalau kena baca entry ni panjang- panjang yee. Ini pun cuma nak cerita pasal semua yang saya dah book untuk majlis kenduri kahwin saya nanti. Eh, rasanya entry ini akan menjadi panjang kalau saya dah masuk bab kahwin ni. Hahaha ! 



1. Catering 

* Okey, untuk katering saya dah lama book sebenarnya. Kalau tak silap saya dah start book bermula penghujung bulan Januari sebab takut kalau lambat lagi , semua katering full. Karang dapat tak seperti yang kita harapkan. Disebabkan majlis nanti untuk meraikan tetamu, maka hidangan makan adalah benda yang perlu dijaga. Betul kan?! 

* Untuk catering , saya dah book Mahligai Impian Catering bagi menyediakan lauk pauk kenduri nanti. Catering ini pun encik tunang saya yang cadangkan sebab dia sendiri dah pernah merasa makanan yang disediakan oleh pihak catering ni dan beliau sangat berpuas hati.

*  Tapi bukanlah disebabkan encik tunang saya cadangkan dan saya pun mengambil cadangan dia bulat- bulat. Saya bincang dengan mak dan adik beradik saya , minta dorang pergi food tasting dulu dan bagi pendapat pasal katering ni. Mak saya pun cakap sedap. So, kami proceed untuk upah katering ni lepas semua dah bagi feedback positif.       

#Alhamdulillah#

2. Baju nikah

*  Untuk baju nikah, pun saya tempah secara online jugak. Saya tempah dengan cik  Nur Fatin Raihani. Boleh klik nama beliau untuk mensurvey di page facebook beliau ye. Baju nikah ni pun saya tempah pada penghujung Januari jugak. Ukuran nanti bila saya balik bercuti, barulah saya pergi mengukur baju nikah. Cuma encik tunang sahaja yang dah pergi selesaikan urusan ukur mengukur baju nikah beliau sebelum dia sign on hari tu. Itu pun sebenarnya saya kena membebel dan merajuk dulu baru si encik tunang ni dengar cakap. *sigh*


3. Jurugambar

*  Jurugambar yang saya upah  merupakan kawan saya masa zaman sekolah dulu. Bagi saya, kalau kita dah kenal siapa jurugambar kita, lagi senang nak deal. Tapi bagi sesetengah orang, mengupah jurugambar  yang mereka tak kenal adalah lebih baik. Bagi saya, mana- mana pilihan korang pun tak apa. Bergantung pada bajet dan citarasa sendiri lah kan. Tapi yang bestnya bila kita upah jurugambar yang kita kenal, banyak benda boleh bawak bincang. Kalau ada yang berminat nak upah jurugambar yang saya upah ni, bolehlah klik LINK ini. Harga semua boleh bawak bincang. Oh ya, dorang pun ambil kerja untuk video jugak ye !

4. MUA dan BRIDAL

 * Saya baru sahaja selesai book sorang MUA ni pada awal bulan Mac. Sebenarnya saya dah intai hasil kerja beliau sejak penghujung tahun lepas lagi. Tanya quotation pun sejak awal bulan Januari lagi. Cuma saya terlupa follow up dengan beliau ni sehinggalah awal bulan 3 ni . Itu pun dah gabra sebab jarak untuk majlis makin dekat tapi banyak hal tak selesai lagi. Boleh klik link facebook cik Ara Zasry untuk sentuhan beliau dan bridal Bonding Desire Planner untuk mencari set sanding ye. 

5. Inai 

*  Okeh, inai pun merupakan benda paling penting untuk majlis nikah nanti kan! So, dari situlah kita tahu bezakan pengantin dan ahli keluarga kan.. Hikhikhik. Untuk lukisan inai ni, saya sememangnya dah jatuh hati 100% dengan karya puan Faiza Halim ni. Saaaaaaangat cantik!! Dan beliau bukan sahaja boleh lukis inai, kalau ada yang beminat nak dapatkan sentuhan daripada beliau, bolehlah stalk instagram beliau yee.

*   Untuk inai pun, saya dah book awal bulan Mac. Itu pun, nasib baik masih ada slot kosong untuk tarikh yang saya request tu. Kalau lambat sikit lagi, mesti meleleh air liur + air mata kalau tak dapat book khidmat beliau ni  sebab saya pun cuma dapat slot siang sahaja. fuh ! 


6. Doorgift.

* Saya tak cari lagi vendor untuk doorgift, nanti dah ada, saya akan up entry baru.

7. Kad jemputan 

* Pun belum mencari. Tengah menunggu bulan jatuh ke riba agaknya. 

9. Photobooth , candy booth, and etc

* Yang ini, saya masukkan dalam folder miscellaneous dulu lah. Kalau rasa penting, nanti adalah yang ber update dalam entry seterusnya.


Akhirnya, dah cukup penat saya menaip untuk entry kali ni. Sekian, happy reading everyone !



    

You Might Also Like

1 comments