GIRLS DAY OUT
2:10 PM
Assalamualaikum dearies,
Alhamdulillah semalam dapat juga saya ber'girls
day out' dengan le besties saya di zaman sekolah dulu, tapi ini bukanlah semua
yang 'join' sekali. Tapi cuma separuh.(separuh pun dah tujuh orang, kalau semua
datang, lagi lah ramai, kan!)
Okeh, sebelum 'mini reunion' ni kelmarin, memang
baaanyak kekecohan terjadi la ya. Antaranya, saya dapat SAMAN pertama saya! Yeay
! (perli tak hengat). Saman ni pun disebabkan kawan saya sorang yang agak comel
ni, boleh pulak dia telefon saya semasa saya sibuk menempuh jalan 'jammed' yang
amat di hari sabtu ni. Dan saya yang agak comel ni pun sambut panggilan si
kawan sorang ni dengan selambanya. Rupanya pakcik trafik dah di sebelah jalan
dah sedia 'aim' si pesalah jalan raya ni ( saya lah tuuu). Memang nasib tak
berapa baik kot hari tu. Tapi takpa, pengajaran. Orang kata, kalau tak kena
batang hidung sendiri, memang tak fahamlah perasaan tu kan. Tapi lepas ni saya
akan berhati- hati. Jadi pemandu berhemahlah katakan.
Back to main story, kelmarin, ya Allah, Tuhan
sajalah yang tahu berapa jam menunggu mak-mak datin yang lain ni sampai. Dahlah
mood saya terganggu sebab pakcik trafik tu, boleh pulak dorang lambat datang. Jantung
dah dupdapdupdap menahan marah dah. Muka dah merah menahan kepanasan matahari duniawi.
Janji mak datin semua tu, pukul 10 semua berkumpul depan mall. Tapi sorang pun
takda lagi yang muncul termasuk saya. Nasib baik tak keluar dari rumah awal. Kalau
awal, memang kenalah ayat pedas lagi beracun saya ni agaknya dorang semua tu. Dipendekkan
cerita, kitorang semua berjumpa pukul 1 petang . Bayangkan, daripada janji
pukul 10 pagi, semua muncul pukul 1 petang. Mak aih. Berpeluh tiak ni haa..(
nasib baik pakai deodorant. Haha!) Lepas jumpa dorang semua, perasaan marah tu
hilang pula tiba- tiba. Jadi gembira dan overexcited pula lepas jumpa dorang
semua. Maklumlah, untuk tahun 2014 ni, ini kali pertama saya bertemu semula
dengan dorang ni. Untuk tahun 2013, tak ingatlah ya bila kali terakhir jumpa
mak- mak datin ni semua.
So, since semua dah berkumpul memeriahkan kedai
makan yang tak seberapa kuat kipas di atas kami tu, kami pun bergosip sakan la
sampai tak hengat . Alih- alih dah pukul 2 petang, lepas tu kitorang gerak
masuk ke dalam mall tu. Walaupun dalam mall tu langsung tak ada apa- apa yang
menarik, so kitorang cuma tumpang air conditioner mall tu lah.
Then, dalam mall tu ada event kempen cegah
jenayah dan kem kesihatan sekali. Jadi disebabkan kitorang ni tak ada
perancangan yang istimewa pun, kami pun berlegar- legarlah sambil cuci- cuci
mata sikit. Kebetulan ada kempen derma darah masa tu, so kami bertujuh pun
menjalankan khidmat masyarakat la kan. Kononnya menderma darahlah. Daripada 7
orang, 5 orang mengisi borang tapi cuma 2 orang yang lepas semua ujian. Saya termasuk
dalam 3 orang yang tak lepas tu lah. Saya cuma sangkut dalam Hb check tu saja.
Hb tak cukup ! Dugaan betul. Padahal sebelum ni pernah juga menderma, lepas
juga tapi mungkin sebab 2-3 hari kebelakangan ni asyik makan mi maggi saja
sebab malas masak kan, jadi Hb pun jadi rendah juga. Cara hidup tak sihat
langsung!
Okeh, selepas settle semua aktiviti menderma
darah, kami sekali lagi mencuci mata. Alah, window shopping kononnya. Lepas dah
bosan 2-3 kali pusing, baru kami ke destinasi lain lagi. Sebab main bowling
ramai tak larat, jadi kami singgah la ke karaoke box, disingkatkan lagi, KBOX.
Bukan KPOP ya..
Haa, masa ni lah yang mengarut sedikit. Sebabkan
kami bertujuh, kami pun tempahlah 2 bilik untuk 1 jam, takut ada yang tak
sempat menyumbangkan lagu kononnya. Bila masuk bilik karaoke tu, mulalah
mensumbangkan lagu. Memang lagu pun entah apa- apa. Dari lagu melayu ke
inggeris, dari hindi ke korea, semua kitorang belasah. Biar suara tak sampai,
yang penting puas hati. (walaupun masa mula- mula masuk bilik tu langsung tak
tau nak cari list lagu macam mana. ) selepas sejam menghabiskan suara yang
comel loteh semua tu, kitorang pun mula bergerak balik. Masa nilah kawan yang
berkereta jadi harapan, ye dak. Bagi kawan yang sama jalan, memang kawan saya
yang sorang tu hantarkan. Saya pulak cuma perlu hantar sorang kawan
memandangkan cuma kami berdua yang sama haluan.
rasanya sampai disini sahaja coretan kali ni. nak menaip panjang-panjang ni memang dah kena kurangkan sedikit sebab komitmen masa bekerja kan. Nantilah kalau ada lagi kenangan yang ingin disimpan di dalam blog ini, saya terus menambah entry. kalau takda lagi, tunggulah sampai ada. till then, goodbye. annyeong. haha.
Wassalam.
compilation from mine |
bersama datin Aisah |
berbaris mengisi borang derma darah |
yang ni banyak betul editnya. putih melepak semua yaa.. |
0 comments