ceritera KAHWIN !

7:35 PM

Assalamualaikum dearies!
 Ah haaaa. Kalau cakap pasal kahwin, saya memang laju la yang paling seronok mendengar pasal ni. Sebut saja pasal kahwin, memang melonjak- lonjak perasaan yang amat .
   Tapi ceritera kali ni bukanlah pasal ceritera kahwin saya, tapi ceritera kahwin kawan serumah saya tuu.. Kawan serumah saya, dewasa 2 tahun dari saya, jadi secara automatik, memang saya akan panggil dengan gelaran kakak lah. Terbiasa dan terbawa- bawa dari zaman sekolah menengah dulu. Sebab zaman sekolah menengah saya dulu, saya duduk di asrama selama 5 tahun agaknya, jadi dah terbiasa panggil orang yang lebih tua dengan panggilan hormat. Ecewah! 

  Okeh, sambung cerita tadi. Kakak serumah saya ni kahwin dalam cuti sekolah bulan 3 lepas. Sepatutnya memang saya akan datang ke majlisnya, tapi atas sebab- sebab yang tak dapat dielakkan, saya tak dapat hadir. 
    
    Pendekkan lagi cerita, (sebab saya tak banyak masa menaip lagi) saya dan kakak serumah saya ni bolehlah dikira rapat jugak, jadi saya dan dia akan berkongsi cerita, pengalaman masa lalu dan macam -macam lagi lah. Jadi bila saya bukak cerita pasal kahwin ni, memang baaanyak tips yang dia bagi dekat saya. Dan tips yang terbanyak adalah dari segi persiapan untuk majlis kahwin. Saya pula dengan redha hatinya mendengar walaupun saya ni lambat lagi kahwin. Tapi takpa berkongsi cerita awal. Boleh buat panduan kelak.

   Antara tips yang dia bagi, tips memilih tarikh kahwin, tempat resepsi , baju kahwin, perjalanan majlis dan macam- macam lagi lah. 


1.Pasal memilih tarikh kahwin tu, dia siap pesan lagi, fikir secara rasional kalau pilih tarikh tu. Maksudnya, kalau nak ramai tetamu, pilih hari cuti , macam biasalah. Sabtu ahad macam tu, tapi itu kalau nak ramai tetamu lah. Tapi part ni saya rasa, memang ramai bakal- bakal pengantin akan pilih tarikh mengikut kesesuaian sikit kan. Jadi kita skip ke bahagian 2.

2. Resepsi kahwin. Memandangkan dia buat majlis nikah dan resepsi di rumah, masalah tu kurang sedikitlah berbanding kepada sesiapa yang teringin buat majlis di mana- mana tempat lain. Bagi saya pulak, memandangkan saya cuma menumpang negeri orang untuk melangsungkan majlis, kena lah berusaha lebih untuk mencari dan mempertimbangkan semua tempat pilihan saya secara rasional sekali lagi. Tapi bab yang ni, saya tak fikir lagi.

3. Okeh next, baju kahwin. Baju kahwin ni pun antara yang penting jugak kan. Bergaya ikut kemampuan. Itu yang penting. Kalau teringin nak tailor yang ternama, kos tu lagi banyaklah daripada kos tailor biasa selalu charge kan. Kakak serumah saya ni cakap lagi, pemilihan fabrik kain, warna dan design tu penting untuk tentukan kita nampak cantik atau tak. Kalau yang berbadan besar macam saya ni, takkan nak pakai baju ketat- ketat kan. Karang tersembul pulak lelemak dibadan ni ha... So, pasal baju kahwin ni, korang bolehla 'google' jenis pakaian yang sesuai dengan korang kan. Dunia sekarang tanpa sempadan, jadi untuk google benda ni bukanlah satu masalah kan .. 

   Sebenarnya ada baanyak lagi cerita yang dia kongsi dengan saya. Cuma sekarang saya rasa masa agak tak cukup, jadi rasanya sampai disini dulu saya berkarya(kononnyaaa). Ini pun, setiap point, tak teratur jadi, pandai- pandai koranglah nak pilih mana yang penting ya. Sebab majlis kahwin korang, mesti korang nak buat yang terbaik kan. 

 Lain kali, kalau saya da masa terluang lagi, saya tambah lagi pasal ceritera kahwin ni. saya ni baru nak berjinak- jinak dalam persediaan perkahwinan ni, Walaupun bertunang tak lagi, tapi tak salah kalau nak belajar menguruskan hal kerja- kerja kahwin kann.. 
till the, Assalamualaikum . ((:





You Might Also Like

0 comments