Assalamualaikum dearies!
Ah haaaa. Kalau cakap pasal kahwin, saya memang laju la yang
paling seronok mendengar pasal ni. Sebut saja pasal kahwin, memang melonjak-
lonjak perasaan yang amat .
Tapi ceritera kali ni bukanlah pasal ceritera kahwin saya, tapi ceritera
kahwin kawan serumah saya tuu.. Kawan serumah saya, dewasa 2 tahun dari saya,
jadi secara automatik, memang saya akan panggil dengan gelaran kakak lah.
Terbiasa dan terbawa- bawa dari zaman sekolah menengah dulu. Sebab zaman
sekolah menengah saya dulu, saya duduk di asrama selama 5 tahun agaknya, jadi
dah terbiasa panggil orang yang lebih tua dengan panggilan hormat.
Ecewah!
Okeh, sambung cerita tadi. Kakak serumah saya ni kahwin dalam cuti
sekolah bulan 3 lepas. Sepatutnya memang saya akan datang ke majlisnya, tapi
atas sebab- sebab yang tak dapat dielakkan, saya tak dapat hadir.
Pendekkan lagi cerita, (sebab saya tak banyak masa menaip lagi)
saya dan kakak serumah saya ni bolehlah dikira rapat jugak, jadi saya dan dia
akan berkongsi cerita, pengalaman masa lalu dan macam -macam lagi lah. Jadi
bila saya bukak cerita pasal kahwin ni, memang baaanyak tips yang dia bagi
dekat saya. Dan tips yang terbanyak adalah dari segi persiapan untuk majlis
kahwin. Saya pula dengan redha hatinya mendengar walaupun saya ni lambat lagi
kahwin. Tapi takpa berkongsi cerita awal. Boleh buat panduan kelak.
Antara tips yang dia bagi, tips memilih tarikh kahwin, tempat
resepsi , baju kahwin, perjalanan majlis dan macam- macam lagi lah.
1.Pasal memilih tarikh kahwin tu, dia siap pesan lagi, fikir secara
rasional kalau pilih tarikh tu. Maksudnya, kalau nak ramai tetamu, pilih hari
cuti , macam biasalah. Sabtu ahad macam tu, tapi itu kalau nak ramai tetamu
lah. Tapi part ni saya rasa, memang ramai bakal- bakal pengantin akan pilih
tarikh mengikut kesesuaian sikit kan. Jadi kita skip ke bahagian 2.
2. Resepsi
kahwin. Memandangkan dia buat majlis nikah dan resepsi di rumah, masalah tu
kurang sedikitlah berbanding kepada sesiapa yang teringin buat majlis di mana-
mana tempat lain. Bagi saya pulak, memandangkan saya cuma menumpang negeri
orang untuk melangsungkan majlis, kena lah berusaha lebih untuk mencari dan
mempertimbangkan semua tempat pilihan saya secara rasional sekali lagi. Tapi
bab yang ni, saya tak fikir lagi.
3. Okeh next, baju kahwin. Baju kahwin ni pun
antara yang penting jugak kan. Bergaya ikut kemampuan. Itu yang penting. Kalau
teringin nak tailor yang ternama, kos tu lagi banyaklah daripada kos tailor
biasa selalu charge kan. Kakak serumah saya ni cakap lagi, pemilihan fabrik
kain, warna dan design tu penting untuk tentukan kita nampak cantik atau tak.
Kalau yang berbadan besar macam saya ni, takkan nak pakai baju ketat- ketat
kan. Karang tersembul pulak lelemak dibadan ni ha... So, pasal baju kahwin ni,
korang bolehla 'google' jenis pakaian yang sesuai dengan korang kan. Dunia
sekarang tanpa sempadan, jadi untuk google benda ni bukanlah satu masalah kan
..
Sebenarnya ada baanyak lagi cerita yang dia kongsi dengan saya.
Cuma sekarang saya rasa masa agak tak cukup, jadi rasanya sampai disini dulu
saya berkarya(kononnyaaa). Ini pun, setiap point, tak teratur jadi, pandai-
pandai koranglah nak pilih mana yang penting ya. Sebab majlis kahwin korang,
mesti korang nak buat yang terbaik kan.
Lain kali, kalau saya da masa terluang lagi, saya tambah lagi pasal ceritera kahwin ni. saya ni baru nak berjinak- jinak dalam persediaan perkahwinan ni, Walaupun bertunang tak lagi, tapi tak salah kalau nak belajar menguruskan hal kerja- kerja kahwin kann..
till the, Assalamualaikum . ((:
Assalamualaikum dearies,
Alhamdulillah semalam dapat juga saya ber'girls
day out' dengan le besties saya di zaman sekolah dulu, tapi ini bukanlah semua
yang 'join' sekali. Tapi cuma separuh.(separuh pun dah tujuh orang, kalau semua
datang, lagi lah ramai, kan!)
Okeh, sebelum 'mini reunion' ni kelmarin, memang
baaanyak kekecohan terjadi la ya. Antaranya, saya dapat SAMAN pertama saya! Yeay
! (perli tak hengat). Saman ni pun disebabkan kawan saya sorang yang agak comel
ni, boleh pulak dia telefon saya semasa saya sibuk menempuh jalan 'jammed' yang
amat di hari sabtu ni. Dan saya yang agak comel ni pun sambut panggilan si
kawan sorang ni dengan selambanya. Rupanya pakcik trafik dah di sebelah jalan
dah sedia 'aim' si pesalah jalan raya ni ( saya lah tuuu). Memang nasib tak
berapa baik kot hari tu. Tapi takpa, pengajaran. Orang kata, kalau tak kena
batang hidung sendiri, memang tak fahamlah perasaan tu kan. Tapi lepas ni saya
akan berhati- hati. Jadi pemandu berhemahlah katakan.
Back to main story, kelmarin, ya Allah, Tuhan
sajalah yang tahu berapa jam menunggu mak-mak datin yang lain ni sampai. Dahlah
mood saya terganggu sebab pakcik trafik tu, boleh pulak dorang lambat datang. Jantung
dah dupdapdupdap menahan marah dah. Muka dah merah menahan kepanasan matahari duniawi.
Janji mak datin semua tu, pukul 10 semua berkumpul depan mall. Tapi sorang pun
takda lagi yang muncul termasuk saya. Nasib baik tak keluar dari rumah awal. Kalau
awal, memang kenalah ayat pedas lagi beracun saya ni agaknya dorang semua tu. Dipendekkan
cerita, kitorang semua berjumpa pukul 1 petang . Bayangkan, daripada janji
pukul 10 pagi, semua muncul pukul 1 petang. Mak aih. Berpeluh tiak ni haa..(
nasib baik pakai deodorant. Haha!) Lepas jumpa dorang semua, perasaan marah tu
hilang pula tiba- tiba. Jadi gembira dan overexcited pula lepas jumpa dorang
semua. Maklumlah, untuk tahun 2014 ni, ini kali pertama saya bertemu semula
dengan dorang ni. Untuk tahun 2013, tak ingatlah ya bila kali terakhir jumpa
mak- mak datin ni semua.
So, since semua dah berkumpul memeriahkan kedai
makan yang tak seberapa kuat kipas di atas kami tu, kami pun bergosip sakan la
sampai tak hengat . Alih- alih dah pukul 2 petang, lepas tu kitorang gerak
masuk ke dalam mall tu. Walaupun dalam mall tu langsung tak ada apa- apa yang
menarik, so kitorang cuma tumpang air conditioner mall tu lah.
Then, dalam mall tu ada event kempen cegah
jenayah dan kem kesihatan sekali. Jadi disebabkan kitorang ni tak ada
perancangan yang istimewa pun, kami pun berlegar- legarlah sambil cuci- cuci
mata sikit. Kebetulan ada kempen derma darah masa tu, so kami bertujuh pun
menjalankan khidmat masyarakat la kan. Kononnya menderma darahlah. Daripada 7
orang, 5 orang mengisi borang tapi cuma 2 orang yang lepas semua ujian. Saya termasuk
dalam 3 orang yang tak lepas tu lah. Saya cuma sangkut dalam Hb check tu saja.
Hb tak cukup ! Dugaan betul. Padahal sebelum ni pernah juga menderma, lepas
juga tapi mungkin sebab 2-3 hari kebelakangan ni asyik makan mi maggi saja
sebab malas masak kan, jadi Hb pun jadi rendah juga. Cara hidup tak sihat
langsung!
Okeh, selepas settle semua aktiviti menderma
darah, kami sekali lagi mencuci mata. Alah, window shopping kononnya. Lepas dah
bosan 2-3 kali pusing, baru kami ke destinasi lain lagi. Sebab main bowling
ramai tak larat, jadi kami singgah la ke karaoke box, disingkatkan lagi, KBOX.
Bukan KPOP ya..
Haa, masa ni lah yang mengarut sedikit. Sebabkan
kami bertujuh, kami pun tempahlah 2 bilik untuk 1 jam, takut ada yang tak
sempat menyumbangkan lagu kononnya. Bila masuk bilik karaoke tu, mulalah
mensumbangkan lagu. Memang lagu pun entah apa- apa. Dari lagu melayu ke
inggeris, dari hindi ke korea, semua kitorang belasah. Biar suara tak sampai,
yang penting puas hati. (walaupun masa mula- mula masuk bilik tu langsung tak
tau nak cari list lagu macam mana. ) selepas sejam menghabiskan suara yang
comel loteh semua tu, kitorang pun mula bergerak balik. Masa nilah kawan yang
berkereta jadi harapan, ye dak. Bagi kawan yang sama jalan, memang kawan saya
yang sorang tu hantarkan. Saya pulak cuma perlu hantar sorang kawan
memandangkan cuma kami berdua yang sama haluan.
rasanya sampai disini sahaja coretan kali ni. nak menaip panjang-panjang ni memang dah kena kurangkan sedikit sebab komitmen masa bekerja kan. Nantilah kalau ada lagi kenangan yang ingin disimpan di dalam blog ini, saya terus menambah entry. kalau takda lagi, tunggulah sampai ada. till then, goodbye. annyeong. haha.
Wassalam.
compilation from mine |
bersama datin Aisah |
berbaris mengisi borang derma darah |
yang ni banyak betul editnya. putih melepak semua yaa.. |