Assalamualiakum dearies !
Now saya masih dalam flight yang bakal land ke KLIA 2 dalam lagi setengah jam. Tapi bila you semua bukak blog ni, maknanya saya dah selamat mendarat la tu kan. Hahaha! Ok, tak lucu.
Kembali ke fokus utama, (sebab saya buat entry kali ni). Yang ini trip saya yang ketiga ke Kuala Lumpur dalam masa 5 bulan ini. Huh. (Banyak betul ongkos yang kena pakai!) Tapi takpa, sebab saya rasa ini trip yang terakhir saya untuk tempoh 6 bulan yang akan datang. (Bulan 12 insyaAllah datang lagiiii) . Hehe. Tapi betul, insyaAllah ini mungkin trip terakhir saya datang kesini dan berjumpa encik boipren sebelum dia onboard sekali lagi, dan insyaAllah sebelum kami bertunang! Ya,BERTUNANG! InsyaAllah.
Jadi rasanya perjumpaan kali ni bukanlah suka-suka dan mood ber'vacation' sangat sebab rasanya banyak benda yang kami kena bincang dan sebagainya.
Ini pun datang sebenarnya untuk ke kenduri kahwin dia. (Yang mana pengantin lelaki tu kawan dia, pengantin perempuan tu kawan saya). Comel kan kaitan dia. Hihi..
Harap- harap kali ni plan ke kenduri kahwin ni jadi lah sebab sebelum ni pun pernah merancang untuk ke kenduri yang seakan-akan sama tapi sang pengantinnya lain. Daaan masa tu kami tak dapat pergi sebab kaki encik boipren terseliuh malam dia sign off( eksaited punya pasal) seterusnya plan yang kitorang rangka berbulan-bulan tak jadi.
Buat masa sekarang, cukuplah sampai disini corat-coret saya.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Assalamualaikum dearies.
Setelah berbulan- bulan saya tidak menghapdate di dalam belog ini, kali ni barulah saya berkesempatan. Tapi untuk kali ini, memang tak dapat update cerita panjang-panjang pula. Cukup setakat posting pendek untuk masa sekarang. Ada baaaa...nyak benda yang saya teringin kongsi dalam blog ni. Tapi masa tak mengizinkan.
InsyaAllah, saya akan mula update cerita terkini saya untuk simpanan masa depan dalam blog ni. Ceritera cinta itu haruslah. Haha. Ok fine.
*sambung kasi ubat dengan pesakit sekejap*
Memandangkan saya pun masih bertugas di tempat yang sama hampir 2 tahun, makanya jadual kerja saya masih tak teratur. Makanya, blog ni terabai banyak. *jahat betul* tapi lepas ni insyaAllah saya akan tebus kembali dengan merajinkan diri mencoret di blog ini. Okey lah.
Kerja di klinik pun dah makin banyak. So, till then, goodbye and have a good day !