Ergh, geram!

10:35 PM

Assalamualaikum readers!

    Malam neh terigin update cik belog lagi. Cerita malam neh pulak pasal kerja laa! Ergh, saya tahu tak boleh update pasal kerja neh ke dalam belog peribadi. Tapi sebab nak jugak curhat (curahan hati), so nak kongsi sikit( sikit sahaja okeh!) Pasal kerja saya ke dalam belog ini.

    Bagi sesiapa yang pernah mendapatkan rawatan di klinik 1 Malaysia, mesti tahu pasal masa beroperasi klinik kan. So, saya jugak adalah salah seorang staf dari klinik 1Malaysia neh. Bhehe. Ada masanya, saya kena bekerja sehingga ke 12 jam secara berterusan dalam seminggu. Tapi itu masih okey lagi sebenarnya.  Sebab saya pun bujang trang tang tang lagi, bekerja sehingga 12 jam dalam sehari bukanlah jadi masalah. ( kononnya lahhh.. )

     Petang tadi, memang ada kejadian yang sangat tak dijangka berlaku dalam klinik. Bila seorang pesakit bengang bila pemeriksa tak sampai lagi lepas lama menunggu. Tapi yang buat saya lagi bengang tuh, pesakit marah saya pulak seolah saya yang bersalah dalam hal neh. Erm okeh, memang sedikit bersalah sebab yak follow up dengan pemeriksa yang ambik 'overtime' masa tuh. Sampai ke satu tahap, sumpah seranah dari mulut pesakit tuh pasal klinik. Erm ya, dorang patut marah. Tapi rasanya dorang jugak patut bertolak ansur disebabkan kami sangat- sangat kekurangan pemeriksa. Memang berasap jugakla telinga dengar sumpahan dari pesakit tuh. Tapi sebagai seorang jururawat terlatih, salah satu tugas kami ialah perlu menadah telinga mendengar sumpah seranah dari pesakit ( yang ini tak kerja tak berbayar okeh!) . 

    Okeh sambung cerita lagi. Lepas kami sendiri pun dah tak tertahan menunggu pemeriksa, kami telefon jugak bagi 'confirmation' sekiranya dia dalam perjalanan ke klinik. Dan sangat mengejutkan bila kami tahu dia tengah bercuti dan dah pun mendapat kebenaran dari pihak atasan. Dan haru biru klinik menjadi- jadi lepas kami tahu benda macam tuh. Dipendekkan cerita, kami terpaksa memanggil staf yang baru sahaja balik dari bertugas di klinik. ( kesian jugak staf yang neh. Sebab dia dah kerja lebih 14 jam dalam 3 hari berturut- turut. Lepas tuh mengandung lagik) . So, sepanjang menunggu si pemeriksa yang terpaksa oncall neh, memang malu jugak berdepan dengan pesakit. Tapi rasanya benda begini memang sentiasa berlaku jugak dalam kehidupan kann.

    Bila kejadian macam neh berlaku, memang sangat bengang jugak sebab saya yang terpaksa incharge dan menerima sumpahan dari orang walaupun benda neh bukan salah saya. Sekarang, saya dah pun balik ke rumah, berehat selepas saaaangat penat bekerja hari ni sambil menonton 'The Sorcerer Apprentice'. Bhahaha. Okehh.. esok kena menempuh lagi satu hari yang panjang di klinik. Kena berehat awal nehhh. Okeh. Terima kasih sebab singgah!

You Might Also Like

0 comments