im back!

8:05 PM


assalamualaikum. 

 pergh! lama xhapdate story mory dekat belog kesayangan nehh..
ok, saya sangat sibuk dan tak beli lagi notebook baru sebenarnya. sebab tuh la tak dapat nak hapdate selalu.
keh3.

  Okeh, sebenarnya baaaanyak sangat benda yang saya nak kongsi dekat belog neh. tapi memandangkan masa tak cukup, so, saya cuma highlightkan kejadian- kejadian yang agak 'best' sepanjang beberapa bulan neh.

  Ok, alhamdulillah, kelmarin dah genap 4 bulan  saya mengabdikan diri jadi seorang jururawat berbayar di sebuah klinik di sandakan neh. muehehe.. walaupun kerja yang ada neh takla sepadat jururawat berbayar di hospital gavemen tuh kan, tapi penat tetap sama. ya la, mustahil kerja tak penat kann.. well, i'm not a robot. i'm just a human with simple minded. cewaaahhh...

  Dalam bulan neh jugak, alhamdulillah, dah bertambah satu angka lagi pada umur saya. daaan, bukan bertambah angka di bahagian hadapan okeh, cuma di bahagian belakang sahaja. (alhamduliilah. keh3) syukur dalam usia 23 tahun neh, saya sudah pun berkerjaya, dan masih belum bersuami. haha. okeh. bab kawen, simpan belakang dulu okeh. sebab saya dan encik iqbal masih baru  memulakan hidup berkerjaya, ceritera kawen tuh tolak ke tepi sekejap untuk setahun dua. maklum la, kami sama- sama anak sulung dan dari keluarga yang serba sederhana kannnn.. hihi. so, kitorang kena kumpul duit sendiri untuk majlis tuh nanti. bhahaha..

  Dan, special thanks untuk kawan- kawan saya yang bagi surprise birthday party walaupun terlambat beberapa hari dan sebenarnya saya dah terhidu gerak geri korang awal- awal. tapi saya saja buat tak tau. hehehe.. thanks for the presents too. i love it soo much! terutama part hadiah labah- labah plastik tuh. keh3..

  Eh, hari tuh dekat muka buku, ada seseorang tanya kalau saya dapat hadiah daripada encik Iqbal atau tak. hmmm.. untuk tahun neh, saya dah dapat dahh... dapat surprise call dari si dia okeh. mungkin bagi yang sama- sama duduk kat darat, boleh merancang untuk buat surprise party or whatsoever kan, tapi keadaan kami berlainan. hihihi... untuk tahun neh, kitorang postponed semua sambutan birthday kitorang dulu. tunggu encik Iqbal selamat sampai ke bumi Malaysia nanti, baru kitorang akan balas dendam sambut semua sambutan yang kitorang missed selama neh. macam tuh pun okehla kann..

   Eh, okehla. cukup sampai disini dulu saya berbelog. almaklumla, jadi government servant neh,kerja kena kuat, kena tabah. sebab baaanyak mulut orang suka burukkan kami. tapi itu sebenarnya perkara yang saaaangat biasa kannn..
hihi..

okehla. have a good day readers! 


You Might Also Like

1 comments