Assalamualaikum.
Selepas
beminggu-minggu meninggalkan belog saya tanpa kesan, hari neh saya mencuri
sedikit masa yang saya ada untuk hapdate perkembangan hidup saya dan membuang
habuk-habuk yang ada pada belog saya neh.
Okeh,
Alhamdulillah, minggu lepas saya tak hapdate belog neh adalah disebabkan
kesibukan saya bermula disebabkan saya telah pun melapor diri jadi cik misi! Haha.
Alhamdulillah, lepas 4 bulan menanam anggur dengan jayanya, kali neh anggur
saya pun berbuah. Keh3.
So,minggu
lepas memang hectic bagi saya. Disitulah semua urusan saya bermula. Lapor diri
di KK, lepas tuh kembali ke Sandakan melapor diri, dan seterusnya berurusan. Cuti
pun bermula pada hari Jumaat jugak, sebab Hari Raya Korban kannnnn..
So,
sekarang secara rasminya, saya telah menyandang jawatan Jururawat gred
U29. Ehm, gaji? Lama lagi, lagi 3 bulan
baru dapat merasa. Ehehehe.. okehla. Neh pun tunggu borang tuntutan saya. Nak tuntut
duit neh. mata dah bling-bling sebut pasal duit. Haha. Haloba duit sendiri takpa,
jangan haloba duit orang kan! Okehla. Sambung buat keja lagi. Thanks for
reading!