Assalamualaikum dearies. Punyalah lama
tak update satu benda pun dalam belog ni. Darilah bujang sampailah dah
berkahwin ni(eceh, macamlah bertahun dah kahwin). Hahaha.
Okey, serious talk. Alhamdulillah, sekarang
saya sudah pun menjadi isteri kepada suami saya iaitu si encik kapal. Sekarang
dah upgrade ke encik suami pulak. Dah masuk sebulan lebih kitorang
kahwin. Sepanjang tempoh kahwin tu, tak pernah lagi kitorang berpisah. Tapi
sejak hari ahad lepas, encik suami dah mula berkursus dan saya pulak tak dapat
nak ikut sebab faktor kerja. Rasa macam dirobek jantung bila encik suami balik
ke semenanjung sedangkan saya masih lagi bekerja di sabah ni. Sekarang baru
rasa tak sabarnya nak pindah! Nak berkepit doploh empat jam dengan laki. Tapi
semua tu hanya angan- angan kosong lah kan.
Encik suami pun nak kena belayar lagi di
penghujung bulan 11 ni. Tak jadi nak apply pindah cecepat. Tak apalah, tunggu
encik suami balik tahun depan, baru nak 'apply' permohonan pindah agaknya.
Uwaaa.sedih pulak! Lama lagi ni kena tunggu encik suami balik. Tapi itu kan
takdir. Dah memang kerjanya macam tu. Bukannya saya tak tahu sebelum ni. Tapi
sejak dah berkahwin ni, jadi dah jadi hati tisu pulak. Eh, dah malas nak menaip sebenanrnya. Cuma nak
kongsikan gamba hari bahagia kami . daan supaya nanti kot la kan hilang gambar
dalam henpong, boleh cari dalam belog nanti gambar ni. hehe
saya dan dayang- dayang semua |
Add caption |
berkipidap semuanya |
okef fine,nampak macam saya pendek. tapi sebenarnya mereka yang tinggi! |
selfie pertama selepas bergelar suami isteri katanya |
family mertua |
geng PGK. kenal since 2012 semasa hari konvokesyen encik kapal sekalian. |
belah suami baru dapat bergambar dengan mak dan adik beradik . kesian nau ler |
dan bonus ,
photoshoot wedding di laman pesona. hahaha!
okey, dah dah. dah penat mencilok gambar dari sedara semua. yang ni cumalah highlight sahaja. yang lain, biarlah menjadi simpanan dalam album. ok fine. ayat poyo. sekian. saya dah kahwin!