Assalamualaikum
dearies !
Dah lama tak udpate dalam belog
ni. Dulu kemain lagi saya janji nak update selalu. Tapi sebenarnya, bulan lepas
belog saya ni bermasalah. Langsung tak boleh nak buat entry baru. Tak paham
masalah dia. Haish.
Okeh, sepatutnya entry ni saya dah post
kan dalam entry. Tapi sebab banyak lagi saya tak masukkan dalam entry ni,maka
saya tak post lagi buat sementara waktu. Okeh uolls. Sebenarnya baju saya dah
siap. Tu pun sebulan peram dekat makcik tukang jahit sebab dia ada baaaanyak tempahan.jadi mula- mula kena
bersabarlah dulu kan. Tapi sebab saya mintak tolong cepatkan sikit baju saya ni
sebab dah masuk kes kecemasan, Alhamdulillah dalam seminggu dah siap. Tapi sebenarnya
jahit baju saya ni senang sangat. Cuma saya takda mesin dan takda kepakaran
lagi. Saya cuma mintak tailor tu buatkan baju jubah saja. Itu pun untuk kerja
memanik, saya sendiri bersemangat nak mend.I.Y sendiri.(padahal baru nak
belajar mengenal benang jarum manik semua. )
Sekarang ni saya berada di fasa
memanik lagi. Tapi memandangkan setiap hari ada sahaja idea baru, baju tu
sampai sekaranglah tak siap lagi. Padahal ada sehari lagi sebelum pengkritik
tetap saya a.k.a. Puan serumah saya tu balik bercuti. Saya ni sebenarnya tak
suka buat draf. Dari situ nampak betapa xorganized nya saya. Hikhikhik.tapi
takpa, saya dah dapat rentak dalam menjahit manik pada baju ni. Insyaallah,
sebelum esok malam, dah siap.
Oh, lupa masukkan cerita pasal hijab
saya. Hijab saya dah siap kelmarin. Si puan housemate tu lah yang tolong
tempahkan dengan kawan dia. Harga,Cuma RM35 sahaja. Owh, saya plan tak mau
pakai veil masa bertunang nanti. Veil tu simpan untuk pakai masa nikah nanti. Jadi,
saya Cuma pakai shawl butterfly tu saja. Ringkas kan? Gambar nanti menyusul
selepas majlis ya! Biar seprais sikit. (muntah hijo!). Jadi,
setakat ini dulu entry saya kali ni. Eh, terlupa pulak bagitau pasal anggaran
kos baju saya ni kan, jom belajar kira-kira sikit. Tak susah pun. Cuma tambah-tambah
sahaja.
Kos kain chiffon (4 meter) +
lining(5 meter) = RM50++
Kos upah jahit = RM40
Kos manik dan border lace = RM50++
Kos tudung butterfly = RM35
Jumlah
: RM175
Jadi ini anggaran kasar sahaja. Saya
dah cukup berjimat bagi baju saya ni. Sebab, baju di butik pun dah lebih rm200
selalunya. Saya dah dapat save beberapa ringgit untuk kos baju saya ni. Alhamdulillah.
Tapi sebenarnya terpulang dengan korang samada nak beli yang dah siap ataupun
berkorban masa dan tenaga mencari material yang korang nak guna sendiri.
Eh, dah kelaut entry saya kali
ni. Hikhikhik. Okehla. Saya nak sambung kerja di klinik pulak ni. Till then,
Assalamualaikum and bye !
ni baju tak siap lagi, tapi gatal sikit nak tunjuk. bhahaha! |