eh, curi tulang kee??

9:57 AM


assalamualaikum

   Hai readers! eh, sekarang kena taip dengan ejaan ayat yang betul. dan penanda wacana yang betul. Maklumlah, mak saya kan cikgu Bahasa Melayu, nanti kalau salah eja, habislah kena pang sedas. haha.

   Sekarang ni saya dah ada dalam klinik tempat saya bertugas. Tapi memandangkan saya datang awal dan tak tahu nak buat apa lagi memandangkan persediaan klinik dah buat, maka nya saya 'update' blog kecintaan ni. Hehe. Eh, saya bukan curi tulang tau! dah ada kebenaran. Dan satu lagi. Klinik tak beroperasi lagi. Jadi ini kira meluangkan masa saya bersama blog kecintaan ni.

  Mula- mula mestilah nak cerita pasal encik kapal saya dulu.. Sedar tak sedar dah 4 bulan dia belayar. Dan tinggal 2 bulan lagi untuk lengkapkan tempoh pelayaran 6 bulan dia tu. Tak lama lagi dia balik! yeah! dah rindu nak bergaduh , nak ketawa bersama menangis bersama dengan dia ni. Haha.

  Bulan lepas saya tak dapat nak 'update' blog ucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk dia. maaf ya encik kapal. Jangan marah naaaa.. Ni nak ucap kat awakla ni. Sebab tuh saya dah mula 'update' blog kecintaan ni. 

  Bulan lepas, bulan Mac, ada dua event yang saya tak dapat ucap. Yang pertama , haruslah hari lahir encik kapal saya kan. Dia pun dah mencapai usia 23 tahun. tapi dia muda lagi . Saya kalau 23 tahun ni dah tua. haha. cliche ayat tu kan. 
ok. Yang kedua, dah 3 tahun kitorang ketawa bersama menangis bersama. haha. yang ini pun, kami masih lagi mencapai impian masing- masing. InsyaAllah selepas mencapai impian masing- masing, kami jugak akan melangkah ke satu alam baru.   Jadi, tolonglah doakan impian kami cepat tercapai dan kami cepat melangkah ke alam yang baru ya. 

Ok la, buat masa ni, cuma itu yang mampu saya ceritakan. Nanti kalau ada kelapangan lagi, saya update lagi blog ni bersama dengan cerita Lahad Datu. Eh, tapi yang ini bukanlah cerita kejadian di Lahad Datu. Tapi kesan kejadian Lahad Datu kepada kami yang berada di Sandakan ni.

wassalam,



You Might Also Like

0 comments