assalamualaikum
Hai readers! eh, sekarang kena taip dengan ejaan ayat yang betul. dan
penanda wacana yang betul. Maklumlah, mak saya kan cikgu Bahasa Melayu, nanti
kalau salah eja, habislah kena pang sedas. haha.
Sekarang ni saya dah ada dalam klinik tempat saya bertugas. Tapi
memandangkan saya datang awal dan tak tahu nak buat apa lagi memandangkan
persediaan klinik dah buat, maka nya saya 'update' blog kecintaan ni. Hehe. Eh,
saya bukan curi tulang tau! dah ada kebenaran. Dan satu lagi. Klinik tak
beroperasi lagi. Jadi ini kira meluangkan masa saya bersama blog kecintaan ni.
Mula- mula mestilah nak cerita pasal encik kapal saya dulu.. Sedar tak
sedar dah 4 bulan dia belayar. Dan tinggal 2 bulan lagi untuk lengkapkan tempoh
pelayaran 6 bulan dia tu. Tak lama lagi dia balik! yeah! dah rindu nak bergaduh
, nak ketawa bersama menangis bersama dengan dia ni. Haha.
Bulan lepas saya tak dapat nak 'update' blog ucapkan SELAMAT HARI LAHIR
untuk dia. maaf ya encik kapal. Jangan marah naaaa.. Ni nak ucap kat awakla ni. Sebab tuh saya dah mula 'update' blog kecintaan ni.
Bulan lepas, bulan Mac, ada dua event yang saya tak dapat ucap. Yang
pertama , haruslah hari lahir encik kapal saya kan. Dia pun dah mencapai usia
23 tahun. tapi dia muda lagi . Saya kalau 23 tahun ni dah tua. haha. cliche
ayat tu kan.
ok. Yang kedua, dah 3 tahun kitorang ketawa bersama menangis bersama.
haha. yang ini pun, kami masih lagi mencapai impian masing- masing. InsyaAllah
selepas mencapai impian masing- masing, kami jugak akan melangkah ke satu alam
baru. Jadi, tolonglah doakan impian kami cepat tercapai dan kami cepat
melangkah ke alam yang baru ya.
Ok la, buat masa ni, cuma itu yang mampu saya ceritakan. Nanti kalau
ada kelapangan lagi, saya update lagi blog ni bersama dengan cerita Lahad Datu. Eh, tapi yang ini bukanlah cerita kejadian di Lahad Datu. Tapi kesan kejadian Lahad Datu kepada kami yang berada di Sandakan ni.
wassalam,