Assalamualaikum readers,
20/09/2022 haritu genaplah perkahwinan kami yang ke 7.
Dari fasa sikit-sikit nak sentap bila ditanya pasal anak sampailah ke fasa tak ambik kisah pun. Ye kami masih belum dikurniakan rezeki anak sehingga ke tahun yang ketujuh ni. Tapi alhamdulillah,banyak rezeki lain yang kami dapat. Untuk itu,aku bersyukur.
Ada juga yang prihatin bertanya kenapa takde anak lagi? Merancang ke? Aku akan jawab dengan baik, masih takde rezeki sambil tersenyum. Sebab dah sampai masanya aku tak perlu sentap dengan persoalan semacam itu. Mana tahu, dengan jawapan ikhlas aku,memudahkan mereka-mereka mendoakan kami,kan? Sebab dah menyentuh topik *anak*,maka kali ini aku nak bercerita mengenai pengalaman kami berusaha untuk mendapatkan anak. Mungkin topik ini agak sensitif bagi aku,sebab sudah tentu ia melibatkan emosi.lebih-lebih lagi aku sebagai wanita yang masih belum mampu melahirkan zuriat.
2015
September 2015 ni lah aku rasa aku jadi manusia paling bahagia. Ye lah, di tahun ini juga aku bertukar status dari tunangan ke isteri orang. Tapi masa ni masih dalam fasa honeymoon kan. Takdelah terfikir sangat kena mengandung juga tahun tu. Takde. Tapi ye lah, bila period terlambat sehari dua,memang masa tu hati berbunga-bunga sebab ingatkan dah lekat. Lepas tu pakat beli UPT untuk cek. Tapi bila naik 1 line, rasa sedih sedikitlah. Tapi takdelah sampai menangis. Sebab masih baru kan.
Di ambang Hari Krismas tahun yang sama, aku tiba-tiba cramp perut. Sakit dia sampai aku tak boleh nak bangun. Tapi bukan sebab mengandung. Sebab sehari sebelum kejadian,aku pergi scan di klinik swasta disebabkan cramp yang sama ,tapi takdelah sakit sangat. Masa scan kat klinik tu, doktor jumpa cyst kat ovari. Tapi saiz takdelah besar sangat. Mild je katanya dulu. Lepas tu aku didiscaj dari klinik dan sambung rehat di rumah. Tapi di hari kejadian,aku demam, dan tak boleh nak berdiri tegak. Sebab sakit sangat. Dahlah masa tu aku seorang je duduk rumah sewa, laki takde sebab PJJ. Housemate balik kampung sebab cuti sekolah. Tapi alhamdulillah,aku punya kawan yang baik masa tu. Kawan baik aku,Bibi sanggup datang untuk hantar aku ke kecemasan disebabkan aku tak tahan sakit sangat-sangat. Sampai di ED(Emergency Department) aku terus dihantar ke zon kuning. Lepas tu mulalah segala treatment. Aku ingat lagi, doktor suruh aku kencing sebab nak buat UPT. Aku senyum-senyum je bagitau aku tak mengandung sebab aku dah buat test kat rumah. Tapi ye lah,sebab protokol, aku kencing jelah sekali lagi masa tu. Lepas tu doktor jalankan ultrasound scan. Nasib baik semuanya normal. Tapi aku bagitahu doktor tu siap-siap, aku ada buat scan kat swasta dan disahkan ada cyst. Mungkin juga sebab tu aku diberi referral ke O&G Department tapi bukan pada hari yang sama. Nasib baik masa tu aku discaj daripada ED sebab lepas beberapa jam,aku dah sihat semula. Itu pertama kali aku sakit disebabkan masalah sakit puan.
2016
Pada tahun 2016 ni, aku menghadapi masalah lain pula. Kali ni period aku sangat tak teratur. Pernah terjadi aku tiba- tiba bleeding yang sangat banyak walaupun masa tu bukanlah masa aku untuk datang bulan. Disebabkan setiap bulan terjadi masalah macam tu, aku terpaksa pakai pad/ pantiliner tebal sebab bleeding tu keluar secara tiba-tiba. Aku pernah je terpaksa balik ke rumah selepas beberapa minit sampai di tempat kerja disebabkan bleeding yang agak mengejutkan ni. Selepas beberapa kali aku asyik menghadapi masalah yang sama,aku decide untuk ke klinik pakar swasta pula. Dan doktor kat situ sahkan aku menghadapi masalah hormon pula. Dan doktor bagi aku ubat untuk stabilkan hormon. Sempatlah makan beberapa bulan. Tak lama lepas tu, suami aku datang. Masa tu aku dah putuskan aku kena mengandung sebelum ulangtahun kami yang pertama. Ye lah,nak bagi cucu sulung kepada parents kami kan. Aku pun mula treatment dengan makan clomid selama 3 cycle. Cuma ralatnya masa tu,aku tak diberi penerangan yang ubat ni kena ambik darah hari ke 5 dan ke 21 kalau tak silap aku. Doktor cuma cakap kena makn ubat ni pada hari ke 5 period. Kalau aku tak silap ye. Dan lepas tu takde follow up sampailah aku dapat berpindah ke semenanjung. Dan alhamdulillah,dapat di kampung suami aku.
2017
Disebabkan penghujung tahun 2016 aku masih sibuk menguruskan hal perpindahan dari Sabah ke Semenanjung, aku cuba meneruskan semula rawatan kesuburan. Tapi kami masih PJJ sebab laki aku kerja kapal. Akan ambik masa 6-7 bulan sebelum dia balik bercuti selama 4-5 bulan selepas itu. Awal tahun 2017 aku ke salah satu klinik swasta di PJ. Masa tu aku kena mulakan semula pemeriksaan termasuk pemeriksaan darah,pap smear dan ultrasound. Masa tu kalau aku tak silap,habis dalam 600++ juga untuk 1st appoinment. Masa tu doktor masih diagnos aku menghadapi masalah hormonal imbalance. Dan doktor cadangkan aku untuk mengambil pil hormon. Dan aku gunakan pil hormon tu sepanjang laki aku takde. Ye lah,sebagai persediaanlah masa tu. Kalau suami balik,kami boleh teruskan dengan rancangan baby making masa tu. Cuma disebabkan klinik ni agak jauh daripada rumah,aku defaulter kan diri sendiri. Lepas tu aku sambung pula jumpa doktor kerajaan. Lucky me, aku sendiri adalah staf kesihatan dan bekerja di bahagian kesihatan awam, aku dapat banyak input baru berkenaan masalah aku. Aku berjumpa dengan doktor pakar keluarga masa tu selama beberapa kali sebelum dia rujuk aku ke klinik pakar wanita di hospital. Masa ni baru aku rasa perjuangan ttc aku bermula.
2018
Aku mulakan pemeriksaan dan rawatan di klinik pakar sekitar tahun ni. Masa ni aim utama aku untuk turunkan berat dan stabilkan hormon. Sebab hormon aku masih tingtong sampai ke tahun ni. Dan berat aku naik agak banyak juga sepanjang tempoh perkahwinan. Bayangkan berat aku sebelum berkahwin dalam 78kg. Dan sewaktu temujanji pakar,berat aku mencecah 95-96kg. So masa tu aim utama aku kena turunkan berat sekurangnya 10% daripada berat asal.which is I fail miserably. Aku tak reti nak berdiet dengan betul lagi masa ni. Berat memang yo-yo lah. Turun 1kg,tapi naiknya 2kg😆. Tapi aku tetap teruskan rawatan dan turunkan berat walaupun masa tu masih gagal.
2019
Masa ni aku sempat pergi sekali je temujanji di klinik pakar,lepas tu aku kena tangguhkan selama 6 bulan disebabkan aku dapat tawaran untuk menyambung postbasic di suatu negeri di pantai timur. Dan aku teruskan semula rawatan selepas habis belajar. Dalam bulan september kot aku teruskan semula. Masa tu, period masih tak teratur, berat masih sama. Cuma yang baiknya,aku akan datang bulan setiap bulan terapi jaraknya agak lama. Cycle aku masa tu sekitar 32-40 hari. So doktor suggestkan aku untuk menjalani HSG. Tapi nak ambik tarikh untuk HSG ni sangat mengambil masa dan kesabaran. Bayangkan, HSG ni kena dilakukan pada hari ke 10-12 yang mana kena jatuh pada hari khamis sahaja. Sebab pada hari tersebut je doktor free.
Dan unfortunately, penghujung 2019 dunia discover virus baru which is NCoV pada masa tu. Tapi Malaysia tak terbabit lagi masa ni kan.
2020
Period aku masih buat hal sendiri lagi masa ni. Sampailah mac 2020. Aku akhirnya dapat hari yang sesuai untuk HSG. Memang gembira tahap gabanlah masa tu. Tup tup, PKP 1.0. Dan segala plan yang aku rancang hancur lebur. Hospital hentikan sementara prosedur HSG sebab bersedia untuk wabak masa tu. Dan aku pun kena bersedia untuk wabak bagi kesihatan awam. Dan terkuburlah impian untuk TTC masa tu. Sekian.
2021
Tahun ni lagilah macam tak wujud dalam diari TTC aku. Sebab aku tak jalankan apa-apa pun rawatan sepanjang tahun ni. Aku masih sibuk dikerah kesana sini untuk cover kerja-kerja wabak. Dan kami putuskan ini bukannya tahun yang sesuai untuk mengandung. Masa ni, ramai ibu mengandung mengalami kesan sampingan yang teruk sekiranya diserang wabak covid. So, TTc was put on hold. Plus,aku mengalami masalah hormonal imbalance sama macam aku kena tahu. 2016 dulu. Bleeding lama dan banyak.
2022
Ye , tahun 2022 ni barulah kami betul-betul memulakan TTC kami. Tu pun aku betul- betul memulakan program diet aku. Aku cuba turunkan berat aku. Berat semasa permulaan diet,102kg ye. Aku pun terkejut sampai begitu sekali berat aku. Dan Alhamdulillah,berat aku turun dalam 15-19kg dalam tempoh 6-7 bulan. Aku mula jaga makan,senam sikit-sikit walaupun di rumah saja masa tu. Merasa jugalah berat sewaktu bujang dulu. Dalam bulan Jun 2022,aku cuba call pusat-pusat yang ada menjalankan prosedur HSG. Aku request nak jalankan di swasta disebabkan tempoh menunggu yang agak lama kalau di hospital kerajaan. Setahu aku, di dalam Pahang,prosedur ni cuma dilakukan di HOSHAS Temerloh sahaja bagi hospital kerajaan. Dan tempoh menunggu boleh mencecah sehingga 6 bulan.
Masa tu aku cuba cari klinik yang murah, dan available bila- bila masa je. Cuma aku takdelah cari beriya.aku cuma cari yang murah+ dekat. Bagi aku,range bawah rm500 masih dianggap affordable. Masa tu ada dapat contact Daya Xray rasanya. Aku call dan cuba dapatkan quotation harga untuk prosedur tu. Bolehlah,dalam RM350. Masih affordable bagi kami. Bila hari pertama aku datang bulan, aku terus call pusat tu untuk dapatkan temujanji. Alhamdulillah, dapat book pun tarikh. Lepas dah settle HSG,kami cuma tunggu follow up di klinik pakar je dulu untuk bagitau result HSG. Tapi sebenarnya aku dah tahu result tu pada hari yang sama aku jalani prosedur tersebut. Aku memang down sangat bila baca result xray tu. Cuma, untuk confirmation,memang kena tunggu TCA kat klinik pakarlah masa tu. Bila doktor tengok result,dia terus cakap, tak boleh proceed untuk IUI( sebab temujanji sebelum tu, plan untuk IUI sekiranya result HSG normal). Memang satu-satunya cara untuk mendapatkan anak adalah melalui IVF. Dan dorang boleh refer aku ke hospital yang ada specialty untuk IVF which is aku pilih HKL walaupun tempoh menunggu akan menjadi lama disebabkan queue yang agak panjang. Sepatutnya aku dijadualkan untuk masuk dewan bedah di penghujung bulan September haritu untuk prosedur laparoscopy. Cuma, aku rasa tak bersedia lagi tambah pula laki aku dah kena standby untuk sign on bila-bila masa kan. Jadinya kami pun sepakat untuk tangguhkan TTC ke tahun hadapan. Kiranya sekarang,kami kena redha dengan ujian yang kami dapat. Kata orang, benda yang paling kita takut tulah yang Allah akan uji. Dan aku rasa ayat tu betul. Dari sebelum berkahwin dulu,aku risau tak dapat bagi anak ke suami. Dan ternyata benar,apa yang aku takutkan akhirnya terjadi. Bila aku tahu tube aku block dan bengkak,memang aku menangis semahunya. Cuma aku bernasib baik,laki aku bagi kata semangat dan memujuk aku sebaiknya. Katanya selagi ada rahim,selagi tu boleh mengandung. Cuma ambik masa dan duit lebihlah. Itu katanya sambil bergurau. Aku tahu dia pun agak sedih bila tahu kekurangan aku,cuma sebab dia sentiasa berfikiran positif, membuatkan aku sedikit lega. Mungkin rezeki aku, lebih kepada dapat rezeki suami dan keluarga yang memahami ,kan? Itu juga punca aku dapat jadi kuat setiap hari.
Cukuplah sampai disini saja post kali ni. Ini pun aku anggap agak panjang untuk dibaca dan ditaip🤠.
Till then, chiao!